REFLEKSI PROGRAM JALINAN
MASYARAKAT
Bismillahirrahmannirrahim, pada tanggal 7-9 November lalu, gabungan
pelajar Fizik dan IT telah menjayakan Jalinan Masyarakat di SMK Seri Pantai.
Alhamdulillah, program kami berjalan sepertima na yang kami aturkan. Terdapat
banyak perkara yang telah diperolehi saya dan rakan-rakan sepanjang program ini
diadakan.
Sebelum memulakan segala titik mula program, kami dipecahkan ke beberapa
biro, dan saya telah dimasukkan ke dalam biro dana, pada pendapat saya, biro
ini adalah antara biro terpenting kerana kami bertindak sebagai tulang belakang
program ini. Antara kaedah kami memperolehi dana adalah dengan mengadakan
aktiviti seperti jualan baju, ' Car Wash ' secara migguan dan penjualan makanan
dan air mineral di Kolej Kediaman Kedua Belas dan Lima. Setelah bertungkus
lumus mengumpul dana , kami mendapati dana kami kurang dari apa yang telah
direncanakan. Alhamdulillah, kami disumbang dari pelbagai pihak pada saat akhir
dan dengan dana ini program kami berjalan lancar tanpa masalah kewangan yang
kami khuatiri akan berlaku.
Untuk persediaan awal program kami, kami semua telah didedahkan dengan kursus persediaan awal
pemfasilitatoran kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya Jalinan Masyarakat
kami. Di sana, banyak input yang telah kami dapat dan dapat dimanfaatkan pada
hari kejadian kami. Dengan bimbingan dari pihak PEPIAS ( Persatuan Pelajar
Islam Selangor) dalam mendidik kami menjadi fasilitator yang berjaya , kami
mendapat persediaan rapi sebelum program bermula, bak kata pepatah melayu , '
sediakan payung sebelum hujan'.
Pada hari kejadian, aktiviti kami berjalan dengan sangat lancar, saya
selaku fasilitator pada program ini sangat berpuas hati dengan segala aktiviti
yang telah dirancang oleh biro modul , kerana semua aktiviti disediakan dengan
rapi dan bersesuaian dengan tema dan nama program kami ' Felix Exitus'. Antara
aktiviti yang telah kami sediakan adalah Explorace yang mampu memupuk kemahiran
berkomunikasi yang brkesan disamping menganalisa maklumat dengan tepat. Perkara
yang telah disebutkan penting untuk para pelajar yang bakal menghadapi
kehidupan mereka yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Pengalaman seperti ini
sangat berharga buat saya kerana banyak perkara yang berlaku sepanjang program
ini dijalankan. Komitmen yang diberikan oleh peserta program juga sangat
menggalakkan .
Selepas program ini tamat, kami juga mengadakan post mortem untuk
memberikan ulasan, komen tentang semua perkara yang berlaku , baik positif atau
negatif, sebagai galakan dan pengajaran dalam kehidupan. Saya juga mewujudkan
dan mengekalkan hubungan saya dengan ahli kumpulan saya melalui ' WhatsApp'
supaya jika ada pertanyaan yang ingin diajukan pelajar atau wujud kemusykilan
dalam diri mereka , saya sedia membantu mereka.
Akhir kalam, saya merasakan program kami , Felix Exitus ini sangat
bermanfaat pada kami semua, baik pihak pelajar , pihak sekolah dan kami semua .
Pengalaman yang dikecapi akan saya manfaatkan di pelajaran mahupun di alam
kerja nanti. Harapan saya adalah agar kita sentiasa mempekayakan diri dengan
ilmu dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik .
No comments:
Post a Comment