Sunday, December 8, 2019

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)



Refleksi Program Felix Exitus
                      Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang, yang dizikir di bibir-bibir insan yang merindui penciptanya dengan nama yang agung, Allah. Segala puji bagi Pengatur kehidupan kita, yang menghidupkan, dan yang mematikan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, yang menantikan kita di Telaga Kausar, Nabi Muhammad S.A.W.. Seperti sedia maklum, telah berlangsungnya satu program, Felix Exitus yang menghimpunkan para mahasiswa dari Program Sains Gunaan dan Pengajian Islam pengkhususan Fizik dan Teknologi Maklumat (SGPI Fizik dan IT) bersama para pelajar tingkatan tiga dari SMK Sri Pantai pada 7 hingga 9 November 2019. Program ini bertujuan antaranya untuk membuka minda para pelajar dalam menentukan halatuju yang seterusnya dalam kehidupan khususnya pasca Pentaksiran Tingakatan Tiga (PT3). Hal ini demikian kerana melihatkan realiti para pelajar lepasan PT3 masih lagi tercari-cari ke mana arah tujunya selepas menghadapi salah satu peperiksaan besar Malaysia ini. Oleh itu, diambil inisiatif oleh SGPI Fizik dan IT untuk membantu golongan ini supaya mereka mengejar cita-cita mengikut minat dan kemampuan bukannya mengikut norma sekeliling.

Sudah pasti akan ada fasa sebelum program yang perlu dilalui oleh kami dalam menjayakan program ini supaya objektif yang telah dibina tercapai dan para peserta mendapat input-input yang sepatutnya. Maka saya selaku Timbalan Pengarah 2 program mempunyai beberapa peranan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Pertamanya, saya ditugaskan untuk mencari sekolah-sekolah yang berdekatan untuk disantuni guru dan pelajar tingkatan tiganya. Antara sekolah yang pernah dicuba ialah SMK Taman Medan dan SMK Taman Dato' Harun namun takdir telah menentukan keberadaan sekolah tidak mengizinkan kami mengadakan program di sana. Oleh itu, kami menyasarkan sekolah yang paling hampir dengan Universiti Malaya (UM), SMK Sri Pantai dan diwakili oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah 1. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran kami berprogram di sana. Kedua, saya juga ditugaskan untuk mendapatkan jaringan kerjasama dalam membina program ini. Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) merupakan pihak yang sudi untuk bekerjasama dan membantu dari segi latihan kefasilitatoran dan pembinaan modul program. Sebelum turun ke padang, kami telah diberi latihan asas untuk menjadi fasilitator yang baik memandangkan salah satu kepakaran PEPIAS ialah dalam bidang kefasilitatoran. Terakhir, setiap Ahli Majlis Tertinggi program ditugaskan untuk memantau satu unit dan saya diberi mandat untuk memantau Unit Program atau Unit Modul. Memudahkan tugasan saya memandangkan saya menjaga hal ehwal jaringan PEPIAS dan maklum PEPIAS membantu dalam pembikinan modul, maka secara tidak langsung, saya juga terlibat dalam proses pembinaan modul Felix Exitus.

Program ini berlangsung selama 3 hari 1 malam, bermula pada hari Khamis, 7 November pukul 7 pagi hingga 3.30 petang dan sambung semula pada hari Jumaat, 8 November pukul 7 pagi hingga hari Sabtu, 9 November pukul 2 petang. Sepanjang program tersebut, tugas saya sebagai Timbalan Pengarah 2 tamat, hanya tercatat dalam organisasi program sahaja. Namun, saya diberikan tugasan baru dan tugasan ini saya kira ialah tugasan yang menentukan perjalanan program tersebut, iaitu sebagai Penyelaras Program atau Programme Coordinator (PC). PC ini merupakan wajah program kerana sepanjang program itu, sebelum memulakan atau menamatkan sesuatu slot, para peserta akan bersama saya sebagai pembakar semangat para peserta sebelum memulakan slot dan meresolusikan apa yang telah dipelajari dalam sesuatu slot. Tugas saya juga untuk memastikan perjalanan program mengikut tentatif yang telah ditetapkan baik dari segi pengurusan masa dan juga pengisian program. Pada hari pertama, fokus kami hanya pada memecah bendungan antara kami dengan pelajar-pelajar supaya perjalanan program akan berlangsung dengan lancar setelah mempunyai hubungan yang mantap sesama kami. Objetif utama kami, untuk mendedahkan halatuju terutamanya selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran diri, mula didedahkan pada hari kedua bersama-sama para fasilitator. Kemudian mula disentuh berkenaan penjagaan sahsiah diri pada sebelah petang dan malam hari kedua melalui slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama fasilitator masing-masing dan Malam Kebudayaan. Akhirnya, kami menyentuh serba sedikit berkenaan asas kemahiran insaniah yang diperlukan sebagai seorang manusia pada hari ketiga melalui aktiviti Explorace.

Mengapa pelajar sekolah merupakan masyarakat yang dipilih oleh kami sebagai masyarakat yang ingin disantuni dalam kursus wajib UM, Jalinan Masyarakat memandangkan banyak lagi kumpulan-kumpulan masyarakat yang wujud di persekitaran kami. Pada hemat saya, pertamanya disebabkan pelajar SMK Sri Pantai ialah antara masyarakat yang paling hampir dengan UM dan keduanya memikirkan hal kami ialah golongan yang paling hampir dengan pelajar melihatkan pada jarak umur dan pengalaman. Sungguh program ini memberi impak yang positif dan besar pada saya terutamanya dalam proses mematangkan pemikiran dan tindakan. Antara perkara yang saya peroleh adalah apabila hendak mengendalikan sesuatu kumpulan manusia yang mempunyai sarwa pandang yang berbeza dalam sesuatu perkara. Perkara ini melatih saya untuk menjaga adab dalam berbeza pandangan, baik dari segi mengambil kira setiap pandangan, bagaimana untuk mengharmonikan setiap pandangan, dan juga hendak memutuskan sesuatu yang mempunyai lontaran hujah-hujah dari setiap ahli. Selain itu juga, apabila berlaku situasi-situasi yang menyentuh sensitiviti masa, hal ini membuka minda saya untuk menanam sifat menghormati setiap masa manusia yang ada dalam ruang cakupan kita kerana setiap individu mempunyai perancangan masa secara peribadi.

Menutup kata-kata akhir warkah hamba Tuhan yang daif ini, suka untuk saya memetik satu ayat daripada kalam suci, “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah...” (surah Ali Imran, ayat 110). Ayat ini jelas menunjukkan dalam mendapatkan gelaran ‘Umat Terbaik’ perlu melakukan tiga perkara: mengajak manusia melakukan kebaikan, mencegah perkara yang buruk, dan beriman kepada Allah. Mengambil iktibar daripada ayat ini, diharapkan setiap perkara yang dirancang, diatur, disusun, dan dilakukan khususnya dalam menjayakan program Felix Exitus menjadi saham dalam mendapatkan gelaran yang dijanjikan oleh Tuhan yang Maha Agung. Moga terus komited dalam menjadikan diri ini sebagai: hamba Allah yang sentiasa patuh akan titah dan larangnya, khalifah yang sentiasa berusaha untuk memakmurkan tanah ini, dan da’ie yang tidak lekang pada bibirnya menyampaikan risalah nabi walaupun satu ayat.

Sunday, December 1, 2019

MUHAMMAD SALLEH BIN BASHARUDIN (IIV180038)





REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT


      Tanggal 7 haribulan November 2019, bermulanya program Felix Exitus anjuran program sarjana muda pengajian islam dan sains di sekolah menengah kebangsaan seri pantai. Program bermula pada jam 8 pagi. Pelbagai isu dan cabaran yang kami hadapi untuk menjalankan program ini namun kerana kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa dan pihak majlis tertinggi, majlis ini dapat berjalan dengan lancarnya. Melakukan program dengan para pelajar sekolah ini banyak mengajar kami semua erti kesabaran kerana para pelajar yang berbagai-bagai latar belakang mempunyai pelbagai sikap. Kami mampu belajar untuk mengendalikan program dan menarik minat adik-adik pelajar untuk terus fokus dan komited dalam program ini.
           Selain itu, program ini juga banyak membantu kami para ahli jawatankuasa untuk kenal dengan lebih mendalam antara satu sama lain dan juga antara pelajar. Apabila kita mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain, maka senangla untuk melakukan tugas dan juga arahan yang dikeluarkan dapat diterima dengan baik. Sifat saling membantu antara ahli sangat membaggakan dan segala masalah dapat diselesaian kerana sifat semua ahli yang sangat memahami antara satu sama lain. Perkara ini sangat penting dalam kerja berkumpulan di mana semua orang mempunyai taggungjawab masing-masing dan tidak mengganggu urusan ataupon kerja orang lain.
          Terdapat pelbagai pengalaman yang kami dapat sepanjang program di mana para pelajar dan ahli bercakap seperti seorang sahabat dan bukan sebagai orang dewasa. Dengan program ini, kami dapat mengenal sifat seseorang itu melalui kerjanya di mana semua orang mempunyai biro dan tugas masing-masing yang perlu diselesaikan. Program ini menjadikan saya sebagai seorang yang sentiasa mengikut arahan dan menerima pandagan daripada semua orang. Saya berharap semua sifat-sifat yag baik sepanjang program ini mampu menjadikan saya seorang yang berkebolehan dalam pelbagai perkara.


AHMAD SYAHMI BIN AHMAD SULTAN (IIV180005)


      


REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT


      Bismillahirrahmannirrahim, pada tanggal 7-9 November lalu, gabungan pelajar Fizik dan IT telah menjayakan Jalinan Masyarakat di SMK Seri Pantai. Alhamdulillah, program kami berjalan sepertima na yang kami aturkan. Terdapat banyak perkara yang telah diperolehi saya dan rakan-rakan sepanjang program ini diadakan.

       Sebelum memulakan segala titik mula program, kami dipecahkan ke beberapa biro, dan saya telah dimasukkan ke dalam biro dana, pada pendapat saya, biro ini adalah antara biro terpenting kerana kami bertindak sebagai tulang belakang program ini. Antara kaedah kami memperolehi dana adalah dengan mengadakan aktiviti seperti jualan baju, ' Car Wash ' secara migguan dan penjualan makanan dan air mineral di Kolej Kediaman Kedua Belas dan Lima. Setelah bertungkus lumus mengumpul dana , kami mendapati dana kami kurang dari apa yang telah direncanakan. Alhamdulillah, kami disumbang dari pelbagai pihak pada saat akhir dan dengan dana ini program kami berjalan lancar tanpa masalah kewangan yang kami khuatiri akan berlaku.

      Untuk persediaan awal program kami,  kami semua telah didedahkan dengan kursus persediaan awal pemfasilitatoran kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya Jalinan Masyarakat kami. Di sana, banyak input yang telah kami dapat dan dapat dimanfaatkan pada hari kejadian kami. Dengan bimbingan dari pihak PEPIAS ( Persatuan Pelajar Islam Selangor) dalam mendidik kami menjadi fasilitator yang berjaya , kami mendapat persediaan rapi sebelum program bermula, bak kata pepatah melayu , ' sediakan payung sebelum hujan'.

    Pada hari kejadian, aktiviti kami berjalan dengan sangat lancar, saya selaku fasilitator pada program ini sangat berpuas hati dengan segala aktiviti yang telah dirancang oleh biro modul , kerana semua aktiviti disediakan dengan rapi dan bersesuaian dengan tema dan nama program kami ' Felix Exitus'. Antara aktiviti yang telah kami sediakan adalah Explorace yang mampu memupuk kemahiran berkomunikasi yang brkesan disamping menganalisa maklumat dengan tepat. Perkara yang telah disebutkan penting untuk para pelajar yang bakal menghadapi kehidupan mereka yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Pengalaman seperti ini sangat berharga buat saya kerana banyak perkara yang berlaku sepanjang program ini dijalankan. Komitmen yang diberikan oleh peserta program juga sangat menggalakkan .

   Selepas program ini tamat, kami juga mengadakan post mortem untuk memberikan ulasan, komen tentang semua perkara yang berlaku , baik positif atau negatif, sebagai galakan dan pengajaran dalam kehidupan. Saya juga mewujudkan dan mengekalkan hubungan saya dengan ahli kumpulan saya melalui ' WhatsApp' supaya jika ada pertanyaan yang ingin diajukan pelajar atau wujud kemusykilan dalam diri mereka , saya sedia membantu mereka.

    Akhir kalam, saya merasakan program kami , Felix Exitus ini sangat bermanfaat pada kami semua, baik pihak pelajar , pihak sekolah dan kami semua . Pengalaman yang dikecapi akan saya manfaatkan di pelajaran mahupun di alam kerja nanti. Harapan saya adalah agar kita sentiasa mempekayakan diri dengan ilmu dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik .


NURAIN FATINI BINTI ADNAN (IIU180008)




REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya saya dan rakan-rakan telah berjaya menamatkan salah satu kajian lapangan dan program bagi memenuhi tugasan subjek wajib Universiti iaitu Jalinan Masyarakat bagi Semester 3. Program ini diberi nama “Felix Exitus yang membawa maksud kejayaan di dalam bahasa Latin di mana menepati objektif kami iaitu memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan PT3 mengenai halatuju selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran diri. Selain itu, kami juga ingin memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga sahsiah diri serta untuk memupuk kepentingan kemahiran insaniah dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Bagi memenuhi tugasan ini, kami telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur pada 7 sehingga 9 November yang lalu.
Melalui program ini, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai faktor kejayaan pelaksaan program ini. Pertama sekali, dari penubuhan jawatankuasa kepada pembahagian tugasan, mesyuarat sehinggalah pelaksanaan aktiviti, secara majoritinya semua AJK mampu memberi kerjasama dan komitmen yang berterusan. Semua AJK saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini Berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif dengan jayanya.
Seterusnya, program ini mampu berjalan dengan lancar kerana terdapat sebahagian dari ahli AJK yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program dari awal sehingga tamat. Ramai di antara ahli AJK yang tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, membuat poster, banner, urusan diplomasi dan surat-menyurat untuk mendapatkan kelulusan dan banyak lagi. Hal ini memudahkan pergerakan kami dan sekali gus kami mampu menjalankan program ini secara lancar dan teratur.
Antara perkara yang paling kami berasa terharu dan semangat untuk teruskan program ini adalah semangat dan tingkahlaku pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai itu sendiri. Mereka sentiasa bersemangat dan komited dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini. Walaupun berlakunya pengurangan dari segi bilangan mereka berbanding hari pertama, namun mereka masih mampu bersemangat mengikuti program ini sehingga tamat. Tambahan pula, penyediaan tempat dan kawasan sepanjang program ini banyak membantu dan memudahkan urusan kami sepanjang program ini dilaksanakan.
Secara peribadinya, program ini mampu membuka pandangan kami betapa pentingnya memberi pendedahan awal mengenai halatuju kepada mereka ini. Hal ini kerana, mereka masih ragu-ragu dengan keputusan mereka sendiri. Setelah melakukan beberapa aktiviti, mereka sudah mula nampak halatuju mereka dan mula bersemangat untuk melanjutkan pelajaran.
Kesimpulannya, program ini memberi impak yang besar kepada kami terutamanya dari segi penubuhan jawatankuasa sehinggalah mesyuarat post mortem. Kami mendapati bahawa jawatankuasa dan pengurusan masa adalah antara dua elemen yang sangat penting untuk menjayakan program ini. Program kemasyarakatan ini sewajarnya dijalankan oleh para mahasiswa bagi meningkatkan lagi nilai keilmuan dalam diri mereka sekaligus melahirkan masyarakat yang mempunyai intipati keagamaan dan keilmuan yang tinggi.

Saturday, November 30, 2019

AHMAD USAMAH BIN MOHD IZRA'AI (IIU180001)





REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT


                Allhamdulillah segala puji bagi Allah, program Felix Exitus bagi subjek Jalinan Masyrakat kumpulan kami telah berlangsung dengan jayanya. Ribuan terima kasih saya ucapakan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya, khususnya DR. Madiha bt. Baharuddin kerana telah memberikan kebenaran dan banyak membimbing kami semua sepanjang program ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan SMK Seri Pantai  kerana sudi menerima kehadiran kami untuk melaksanakan program ini dan memberikan kami layanan yang sangat baik. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam Selangor  Darul Ihsan(PEPIAS) kerana sudi berkongsi pengalaman dan membimbing kami semua dalam menyiapkan modul program. Jazaakumullahu Khairan Kathiran Khairal Jaza.


      Lumrah bagi suatu program yang dilaksanakan, pastinya ada kekuatan dan kelemahannya. Namun begitu, saya amat bersyukur kerana objektif utama program kali ini, untuk memeberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tingakatan 3 SMK Seri Pantai terhadap realiti kehidupan seorang pelajar, dapat kami sampaikan kepada mereka dengan jayanya Alhamdulillah. Segala kelemahan kecil yang timbul sepanjang program tidak mampu untuk  menidakkan kesungguhan yang  telah ditunjukkan oleh rakan-rakan yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak MT, Biro Program & Aktiviti, Biro Teknikal & Logistik, Biro Makanan & Kebajikan dan juga rakan-rakan Media saya. Moga Allah berkati usaha kalian semua  dan terima amal baik yang kalian lakukan. Segala yang baik insyallah akan kami jadikan pedoman dan yang buruk akan kami jadikan pengajaran untuk kehidupan kami.

       
      Akhir kata, ingin saya nukilkan tulisan Assyahid Syed Qutb dalam bukunya Manhaj Hidup  Muslim, “Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang yang besar dan mati sebagai orang besar . Moga segala usaha yang telah kita curahkan untuk program Felix Exitus  ini Allah terima sebagai amal akhirat kita semua.

Tuesday, November 26, 2019

NABILAH BINTI MOHAMAD RIFIN (IIV180044)





REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT



Pengalaman mengendalikan program Felix Exitus amat menyeronokkan di mana melalui program ini,saya mampu melatih diri menjadi lebih berkepimpinan,bertanggungjawab dan prihatin dengan rakan rakan setugas di samping dapat membantu para pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Seri Pantai dalam membimbing mereka memilih arah hala tuju untuk pengkhususan yang mereka lebih cenderung.Pada hari pertama program ini, para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Dengan jumlah pelajar yang agak ramai,agak susah untuk mengendalikan mereka.Namun,dengan taktik dan aktiviti yang telah dirancang,prosedur membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan berjaya dilakukan.Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan,setiap kumpulan mempunyai satu fasilitator..Seterusnya, kami mengadakan sesi taaruf di mana pada masa inilah kami mula berkenalan antara satu sama lain,berkongsi latar belakang pendidikan,keluarga dan sebagainya.Disinilah kami mula merapatkan hubungan sesama sendiri .Tambahan pula,untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik,setiap seorang ahli kumpulan perlu memperkenalkan diri masing masing beserta dengan gaya mereka yang tersendiri,fasilitator juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti ini.Latihan dalam kumpulan pertama ini lebih menekankan kepada pengenalan antara para pelajar dan fasilitator.Ini kerana apabila wujudnya bonding antara fasilitator dan para peserta,maka setiap perkara yang akan dilakukan setelah itu akan menjadi mudah kerana telah wujudnya persefahaman dan komunikasi yang baik antara ahli kumpulan dan fasilitator.Program diteruskan dengan LDK 2 dimana pada ldk ini para peserta perlu membuat logo dan cheers untuk kumpulan mereka.Aktiviti ini amat menarik minat para peserta di mana mereka mampu menunjukkanb kekreatifan mereka dalam mencipta logo dan sorakan untuk kumpulan masing masing.Di samping itu,aktiviti ini juga mampu meningkatkan keyakinan dalam diri para peserta kerana mereka perlu mempersembahkan sorakan tersebut di hadapan penonton.Walaupun susasana agak riuh dengan gelak ketawa dan usikan,namun aktiviti ini mampu menambahkan lagi seri kepada program ini.Hari kedua program dimulakan dengan memperkenalkan lagu tema untuk Felix Exitus ini iaitu Tujuan.Setiap gerakan diajar satu persatu kepada para peserta,di mana ia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk para peserta menguasai gerak tari dan lirik lagu tersebut.Suasana agak meriah,para peserta dan fasilitator bersemangat menyanyikan lagu tema yang diberikan.Ini meningkatkan lagi semangat para peserta untuk meneruskan program.Mereka begitu semangat sekali berlatih menyanyikan lagu tersebut.Setelah itu,latihan dalam kumpulan diteruskan lagi dengan LDK3.LDK ini bertujuan untuk para peserta mengenal pasti kecenderungan mereka dalam bidang bidang tertentu di mana mereka diberi boring SDG yang mana boring ini perlu dijawab soalannya dan akan dianalisis bagi mengetahui kecenderungan para peserta dalam bidang apa.Aktiviti ini amat bagus kerana setelah LDK ini selesai,rata rata peserta memberi maklum balas yang positif di mana mereka sekarang sudah tahu minat masing masing dan tahu bidang apa yang harus dipilih untuk meneruskan lagi pembelajaran mereka di tingkatan empat.Selain itu,slot ini juga mampu mencungkil bakat para peserta di mana mereka harus mencipta atau mereka baju dengan menggunakan surat khabar yang disediakan.Para peserta begitu kreatif sekali mereka baju baju tersebut sehingga para fasilitator pun terpegun melihatnya.Kekreatifan dan keyakinan yang mereka tunjukkan menggembirkan kami.Seterusnya semasa slot Helwani (slot bersama perempuan sahaja semasa lelaki solat jumaat),kami sempat berkongsi ilmu mengenai penjagaan wanita di mana kami menerangkan cara cara menjaga diri semasa berhadas dan seangkatan dengannya.Ternyata para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan banyak yag mereka ingin pelajari.Itu cukup menggembirakan kami.Seterusnya,program diteruskan lagi dengan LDK4 di mana aktiviti ini lebih menekankan tentang sahsiah,pergaulan dan disiplin kepada para peserta.Kerjasama antara para peserta amat memberansangkan untuk aktiviti ini.Fasilitator juga berkesempatan untuk berkongsi pandangan mengenai cara pergaulan,pengalaman dan sebagainya kepada para peserta.Perkara ini memberikan input yang baik kepada para peserta kerana mereka sedang menginjak dewasa dan memerlukan bimbingan dalm bab bab sebegini.Pada malam hari pula,kami mengadakan malam kebudayaan di mana peserta harus membuat persembahan.Keyakinan mereka terserlah pada mala mini kerana mereka mampu melakonkan watak dengan begitu baik sekali.Malam ini diakhiri dengan lagu tema Tujuan sebelum kami semua diarhkan untuk tidur bagi mendapatkan rehat secukupnya.Hari terakhir program ini diadakan explorace.Setiap kumpulan diberi petunjuk untuk bergerak dari satu checkpoint ke checkpoint berikutnya.Setiap checkpoint diberikan tugasan tertentu untuk disiapkan,para peserta berjaya menyelesaikan setiap tugasan tersebut dan berjaya menghabiskan kesemua checkpoint.Program ini diakhiri dengan majlis penutupan yang terasa kesedihannya untukm meninggalkan adik adik di sini.Program ini terasa cukup terkesan dengan perasaan persaudaran yang erat ini.Tiada kata mampu diungkapkan untuk menggambarkan betapa bersyukurnya ditemukan dengan para peserta adik adik yang begitu bersemangat sekali dan begitu gembira menerima kehadiran kami.Sungguh,ini adalah memori indah yang tercipta.

Terima kasih,Felix Exitus.


MUHAMMAD GHAZI AIMAN BIN MOHAMMAD AIDI (IIU180003)




REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


Pada 7-9 November yang, kami, para pelajar Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam pengkhususan Teknologi Maklumat dan Fizik telah menjalankan program hala tuju selepas PT3 bagi pelajar-pelajar SMK Seri Pantai yang dinamakan 'Felix Exitus'. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 1 malam dengan penyertaan pelajar seramai lebih kurang 80 orang pada hari pertama namun telah berkurang menjadi lebih kurang 50 orang. Hal ini terjadi kerana kebanyakan pelajar-pelajar di sini tidak gemar untuk hadir ke sekolah selepas tamat peperiksaan. Sungguhpun begitu, kami berpuas hati dengan komitmen yang telah diberikan oleh peserta-peserta program yang kekal setia mengikuti program kami.

Pada pandangan peribadi saya, saya berasa bangga kerana kami berjaya menjalankan program hala tuju sebegini bersama pelajar sekolah kerana majoriti daripada kami tidak pernah menjadi fasilitator program. Segala gerak kerja dan persediaan awal yang rapi telah membantu kami bagi menjalankan Felix Exitus dengan lancar dan jayanya. Sebagai contoh, kami telah menjalankan kem persediaan fasilitator selama dua hari bagi melakukan 'test-run' bagi aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan bersama adik-adik SMK Seri Pantai. Kesemua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik dengan menghadam masterplan dan modul aktiviti Felix Exitus. Hasilnya, kesemua aktiviti yang dirancang berjaya dijalankan dan memberi impak yang positif.

Bagi program Felix Exitus, saya telah diberi amanah untuk menjadi ahli jawatankuasa multimedia. Antara tugas-tugas yang telah kami jalankan ialah membuat poster program, banner program, design baju untuk jualan, poster sumbangan, ambil gambar dan video semasa program dan membuat video montaj program. Saya berpuas hati dengan tugas yang telah disempurnakan. Kerjasama dalam kumpulan sesama ahli kumpulan amat memberangsangkan dan tidak membebankan. Hasil kerja kami juga telah mendapat maklum balas yang baik dari kebanyakan pihak walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak dijangka telah berlaku. Program Felix Exitus banyak memberi pengalaman berharga kepada saya dalam mengembangkan bakat saya dalam multimedia.

Kesimpulannya, program Felix Exitus boleh dikatakan sebagai program yang berjaya untuk mendidik adik-adik tingkatan 3 SMK Seri Pantai. Diharapkan ukhuwah yang terbina semasa program dapat dikekalkan pada masa akan datang. Jika diberi kesempatan, saya sangat berbesar hati untuk menjadi ahli jawatankuasa sekiranya program-program seperti Felix Exitus dianjurkan pada masa akan datang.


NURZAHIRAH BINTI MOHAMAD ZAIDI (IIV180070)



REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019

                Alhamdulillah pada tanggal 7-9 November 2019 yang lalu ,dengan izin Allah saya dan kawan-kawan Berjaya menjayakan program jalinan masyarakat iaitu Felix Exitus yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur dimana program ini melibatkan pelajar tingkatan 3. Antara objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan PT3 tentang halatuju selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran diri. Seterusnya, untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga sahsiah diri serta untuk memupuk kepentingan kemahiran insaniah dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Dalam program ini, saya telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha program. Sepanjang perancangan program, saya ditugaskan untuk menguruskan kertas kerja program dan hal surat-menyurat berkaitan program disamping mencatat minit mesyuarat untuk setiap perjumpaan yang diadakan. Alhamdulillah dengan izin Allah segala perancangan yang dibuat sebelum hari program sehingga tibanya hari program berjalan dengan lancar dan mudah walaupun agak lambat mendapat pengesahan daripada pihak sekolah.
Sewaktu program dijalankan,saya ditugaskan untuk memastikan keperluan setiap aktiviti yang dijalankan mecukupi dan lengkap. Walaupun saya bukan seorang fasilitator sewaktu program dijalankan ,tetapi saya cuba aktif untuk menyertai para fasilitator dalam setiap LDK dan aktiviti lain yang dilakukan bersama para pelajar dimana pada waktu tersebut saya dapat belajar bagaimana untuk mengendalikan para pelajar dengan baik berdasarkan pemerhatian saya terhadap fasilitator dan juga dapatan sewaktu kem asas kefasilitatoran yang dijalankan sebelum program. Apa yang telah saya perolehi selepas menjalankan program tersebut adalah saya mampu menarik perhatian mereka untuk fokus dan peka apabila saya ingin berkongsi sesuatu dengan mereka malah dapat mengekalkan hubungan yang baik walupun setelah habis program.
Dari segi keseluruhan program, antara kemahiran dan kecekapan yang saya perolehi adalah saya saya belajar bagaimana untuk merancang dan meguruskan program memandangkan ini pertama kali saya dilantik sebagai majlis tertinggi dalam mengendalikan sesebuah program. Seterusnya, saya dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sesama ahli majlis tertinggi serta rakan-rakan yang lain dalam melakukan setiap gerak kerja program bermula dari hari pertama perancangan program sehingga tamat program. Sejujurnya, saya dapat menanam sifat tanggungjawab dalam diri terhadap apa yang diamanahkan kepada saya sertarasa tanggungjawab terhadap orang sekeliling kemahiran dan pengalaman yang saya peroleh daripada program ini amatlah berharga bagi saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan saya selepas ini .
Akhir sekali,  boleh dikatakan banyak  juga sumbangan yang telah saya berikan dalam program ini sama ada dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Saya meluangkan masa untuk memberikan komitmen dalam menghadiri mesyuarat, menyiapkan minit mesyuarat dan kertas kerja, menguruskan surat-surat berkaitan, berjumpa penyelaras program serta mengeluarkan wang ringgit untuk mencetak kertas kerja dan surat-surat program dan juga memastikan program mampu berjalan dengan baik.



NURUL ALYA NADHIRAH BINTI AHMAD ( IIV180066 )





REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


   Bersyukur ke hadrat Ilahi  dengan izin-Nya dapat saya dan rakan - rakan berjaya menamatkan salah satu kajian lapangan dan program bagi memenuhi tugasan subjek wajib Universiti iaitu Jalinan Masyarakat bagi Semester 1 sesi 2019/2020 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Fizik). Bagi memenuhi tugasan ini, kami telah memilih SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor (Pepias) dan telah menjalankan Program Felix Exitus selama 3 hari 1 malam iaitu pada 7,8 dan 9 November 2019.

    Program ini menitikberatkan pendedahan dan panduan kepada pelajar lepasan PT3 dalam pemilihan bidang dan halatuju di samping memupuk kemahiran insaniah daripada pelbagai aspek. Melalui program yang telah dijalankan ini, banyak input dan pengetahuan baru serta pengalaman yang berharga mengenai masyarakat yang saya perolehi. Dapatan hasil kajian juga, boleh saya aplikasikan dalam  kehidupan sebagai seorang anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, saya telah menyedari bahawa betapa pentingnya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan agar  generasi akan datang dapat mengharungi kehidupan  dengan penuh yakin dan bermatlamat.

    Seterusnya, pengalaman bersama-sama adik-adik tidak dapat saya lupakan, ini kerana dengan kehadiran mereka dapat saya dan rakan-rakan mempelajari dan merasai pengalaman  mengendalikan adik-adik yang mempunyai karenah  masing-masing dan impian tersendiri.  Dengan mengadakan aktiviti bersama mereka seperti menjawab ujian personaliti (Self Directed- Search - SDS), bersukan, berkongsi pengalaman dan melakukan latihan dalam kumpulan, sememangnya menjadi satu pengalaman yang baru buat saya yang mana pengalaman ini membuka mata saya bahawa betapa  pentingnya mendidik dan menjaga generasi yang muda kerana merekalah yang akan memimpin negara suatu hari nanti. Sedar atau tidak komitmen dan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat sangat memainkan peranan penting dalam mengekalkan  kehidupan yang harmoni dan aman yang sudah kita capai sehingga ke hari ini. Tambahan pula, sepanjang tiga hari tersebut saya dan rakan-rakan saya dapat melihat perubahan melalui penghayatan dan muhasabah adik-adik melalui aktiviti yang telah dijalankan seperti dapat membuat perancangan hidup dalam 5 tahun akan datang dan membantu mereka mendapat gambaran awal melalui pemilihan bidang dalam mengejar impian masing-masing.

    Selain itu, saya merasakan bahawa program seperti ini banyak memberi kami pengalaman dan pengetahuan yang berguna dalam mengendalikan program. Kami dapat mempelajari keperluan asas setiap program, bagaimana mengenalpasti kelemahan masing-masing dan menyelesaikannya dengan baik. Malah kerjasama setiap ahli mendekatkan lagi ukhwah antara satu sama lain. Tidak lupa saya lahirkan rasa berterima kasih terhadap pihak SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (Pepias). Pihak sekolah yang  memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami untuk melaksanakan program ini begitu juga pihak Pepias yang telah membantu kami dengan pengetahuan asas menjadi seorang fasilitator  melalui kem latihan asas kefasililatatoran.
  
    Akhir sekali, dapat saya simpulkan bahawa dengan melakukan program ini bersama adik-adik di SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur sememangnya banyak membantu saya untuk memahami keadaan sebenar masyarakat dan meningkatkan lagi rasa keprihatinan saya terhadap masyarakat. Selain itu, dengan melakukan program sebegini telah membuka mata saya bahawa hidup kita adalah untuk memberi dan bukannya hanya perlu mementingkan diri sendiri melakukan kerja-kerja seharian untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, namun perlu untuk kita sedar bahawa kita juga perlu peka dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat di sekliling. Saya berharap agar program ini menjadi titik permulaan yang berharga dan dapat menjadi sumber inspirasi buat masa hadapan dalam membentuk masyarakat yang berintegriti dan berdaya saing.


SITI AMINAH BINTI RAMLE (IIU180010)



REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


Bismillah

Pertamanya syukur ke hadrat ilahi kerana program jalinan masyarakat (Felix Exitus)telah selesai dijalankan dari 7 hingga 9 November 2019 yang lalu . Program yang dijalankan di SMK Seri Pantai serba sedikit telah memberi pengalaman dan kenangan yang baru kepada saya.
Sebagai seorang daripada unit modul ,saya terlibat dalam pembikinan aktiviti yang dijalankan ketika program Felix Exitus berlangsung.Banyak ilmu dan idea baharu yang saya peroleh sepanjang bekerja dalam unit modul.Saya juga mendapat bimbingan daripada rakan seunit yang lebih berpengalaman. Walaupun agak kabur pada awal gerak kerja ,alhamdulillah segala masalah dapat kami atasi dan diselesaikan dengan baik.
Seterusnya apabila saya dipilih menjadi fasilitator, saya berasa agak cemas kerana saya tidak pernah menjadi jadi fasilitator untuk pelajar tingkatan 3.  Saya hanya pernah menjadi fasilitator bagi pelajar tingkatan 1. Namun ,setelah menghadiri kem fasilitator saya berasa lebih yakin kerana telah diberi tunjuk ajar dan didedahkan denngan pelbagai teknik untuk menjadi fasilitator yang baik.Terima kasih kepada pihak PEPIAS kerana sudi memberikan latihan asas kefasilitatoran kepada kami.
Tibalah masa yang ditunggu- tunggu iaitu hari program Felix Exitus bermula. Pagi itu, kami mula berkenalan dengan peserta program daripada smk seri pantai. Walaupun pada awalnya ,peserta kelihatan kekok namun pada penghujung hari kami bertambah rapat dek kerana aktiviti-aktiviti dan juga kerjasama daripada pelbagai pihak yang berusaha dalam menjalankan program ini. Pada hari pertama ,peserta pulang selepas aktiviti hari tersebut tamat kerana kami tidak bermalam pada hari pertama.
Keesokan harinya ,disebabkan kami tidak bermalam, kehadiran peserta berkurang namun hal tersebut tidak menjejaskan semangat kami. Daripada memikirkan peserta yang tidak hadir, kami berikan perhatian kepada peserta yang komited untuk hadir ke program. Kami curahkan segala tenaga untuk menjayakan dan meraikan peserta yang hadir ke program dengan harapan mereka dapat mengambil mannfaat daripada segala aktiviti yang telah dirancang.
Masa berlalu dengan begitu pantas dan akhirnya tamatlah program Felix Exitus pada tanggal 9 November 2019. Sukar untuk saya melepaskan para peserta yang telah dianggap adik sendiri namun apakan daya setiap pertemuan itu pasti ada perpisahannya. Maka tamatlah program tersebut pada hari sabtu tersebut. Saya amat bersyukur kerana sepanjang program ahli jawatankuasa Felix Exitus sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Walaupun ada persilihan faham dalam beberapa perkara tetapi sikap professionalism yang diterapkan semasa menjalankan tugas menyebabkan program dapat dijalankan dengan jayanya. 
Sekian terima kasih 😊

AQILAH HUMAIRA BINTI SAIFUL BAHRI (IIV180012)


     



REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019

       Program jalinan masyarakat yang dijalankan oleh para mahasiswa tahun kedua program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat ini adalah bagi memenuhi tuntutan GIG1005 Jalinan Masyarakat. Program yang dinamakan Felix Exitus yang bermaksud successful outcome ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai di Kuala Lumpur selama 3 hari 1 malam, iaitu pada 7 hingga 9 November 2019. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengghulurkan sedikit info dan mendedahkan hala tuju selepas PT3 kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 selain memperkenalkan kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Islam dan Sains di Akademi Pengajian Islam. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah sesi taaruf antara fasilitator dan pelajar, membina logo dan sorakan kumpulan, dan membuat persembahan pada malam kebudayaan dan juga explorace yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah dalam permainan.
Antara cabaran yang dihadapi untuk menjalankan program ini adalah pengangkutan yang terhad bagi para mahasiswa dan secara tidak langsung menyebabkan pergerakan mahasiswa agak terhad. Selain itu, jumlah pelajar tingkatan 3 yang menyertai program kurang memuaskan kerana didapati sebahagian pelajar mempunyai masalah dari segi kehadiran mereka ke sekolah. Oleh itu, peruntukan yang disediakan agak terganggu kerana anggaran peruntukan bagi pelajar yang hadir tidak sama. Di samping itu, pelajar lemah dari segi mengurus masa dengan baik dan akibatnya masa tidak mencukupi bagi menjalankan suatu aktviti akibat tidak disiplin mengikuti apa yang telah dirancang. Para mahasiswa dan fasilitator juga didapati kurang memberi sepenuh komitmen dalam memastikan keberadaan pelajar semasa program kerana kekangan dari segi pengurusan diri. Akhir sekali, modul yang disediakan kurang memenuhi keperluan pelajar akibatnya pelajar didapati kurang memberi sepenuh perhatian semasa aktiviti dijalankan.
      Walau bagaimanapun, penginapan yang disediakan oleh pihak sekolah amat membantu mahasiswa dan pelajar untuk terus berada dan sertai aktiviti program. Makanan yang disediakan juga sangat sedap dan memenuhi keperluan harian pelajar dan mahasiswa. Oleh itu, pelajar dan mahasiswa sekaligus menunjukkan komitmen dan memberi kerjasama penuh semasa program dan aktiviti dijalankan. Program ini juga jelas membina hubungan yang baik yang diterapkan antara mahasiswa dan pelajar-pelajar sama ada semasa program atau selepas program diadakan.
      Antara langkah yang sesuai bagi memantapkan lagi program ini pada masa akan datang ialah sesi suai kenal atau taaruf boleh dijalankan dengan lebih kreatif dan seronok bagi pelajar untuk menunjukkan bagaimana cara kita membuat orang lain menilai positif diri kita pada saat pertama kali berkenalan. Oleh itu, modul boleh diperbaiki. Aktiviti kerohanian juga boleh dijalankan dengan lebih teliti dan menyentuh aspek individu pelajar kerana persediaan menghadapi alam dewasa sangat penting. Hal ini juga membantu dari segi pembelajaran/akademik, peribadi dan hubungan pelajar dengan kawan dan keluarga mereka. Di samping itu, para mahasiswa boleh menunjukkan sikap lebih mesra terhadap pelajar semasa program supaya pelajar lebih selesa untuk berkongsi dan mahasiswa perlu didedahkan dengan  latihan supaya mahasiswa memberi sepenuh komitmen bagi tujuan mencapai matlamat program.
      Program jalinan masyarakat ini jelas memberi manfaat dan kebaikan kepada pelajar dan juga para mahasiswa kerana dapat memupuk hubungan kemasyarakat antara pelajar dan para mahasiswa sakaligus menambah kenalan dengan masyarakat di luar kelompok kenalan. Program ini juga melatih diri kita untuk menambah soft skill dengan memimpin orang lain dan juga menambah ilmu pengetahuan dari segi kemasyarakatan.


NURATHIRAH BINTI MOHD RAHIM (IIU180009)


   

REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019

   
   
     Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka kata kepada refleksi programm jalinan masyarakat yang diadakan di SMK Seri Pantai pada 7-9 November yang lalu. Saya, Nurathirah Binti Mohd Rahim IIU180009 berasa sangat berbesar hati kerana turut dapat membantu dalam menjayakan program ini bersama rakan-rakan yang lain. Semua tidak akan berjaya tanpa penat lelah rakan seperjuangan terutamanya pihak majlis tertinggi yang gigih dan tidak berputus asa dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Tidak dilupakan juga kepada Dr Madiha selaku penasihat program jalinan masyarakat kami yang setia memberikan nasihat dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami.

   

    Refleksi selepas meyelesaikan program ini sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa program ini dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah yang boleh menjejaskan program ini. Di dalam program ini,  saya diberikan tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa unit makanan .Dalam skop unit saya, saya ditugaskan bersama rakan sepasukan untuk menjaga makan minum para fasilitator dan para peserta. Kami ditugaskan untuk menyediakan makan petang kepada para fasilitator dan ahli jawatankuasa yang lain pada petang khamis. Makan pagi, petang dan malam untuk hari jumaat serta makan pagi dan tengahari paada hari khamis kepada semua yang terlibat.

  

   Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang timbul. Antaranya ialah terdapat lebihan makanan. Kami menjangkakan akan menerima sekurang-kurangnya 80 orang pelajar tingkatan 3. Malangnya bilangan pelajar yang terlibat tidak mencapai kepada bilangan tersebut. Jumlah makanan telah kami kurangkan sebelum makanan disediakan tetapi terdapat juga sedikit lebihan makanan. Namun begitu, perkara ini tidak membawa kepada pembaziran kerana lebihan makanan tersebut dihabiskan oleh para fasilitator Bersama ahli jawatankuasa yang lain. Bagi saya, isu ini menjadi masalah yang besar kerana sekurang-kurangnya semua yang terlibat dapat makan dan tidak kebuluran. Lebih baik lebih daripada kurang.

   

   Isu makanan bukanlah masalah besar dalam program ini malah kami sebagai unit makan dipuji oleh para ahli jawartankuasa yang lain kerana berjaya menyediakan makanan yang sedap kepada mereka. Kejayaan ini tidak lain tidak bukan  disebabkan oleh kesungguhan ahli unit saya dalam meninjau dan mencari makanan dalam harga berpatutan. Mereka ialah Syamim, Hajar dan Syazani. Saya berasa gembira dan bangga kerana dapat berkerjasama dengan mereka.



   Akhir kata, saya ingin memohon ribuan kemaafan daripada semua pihak yang terlibat jika ada tersilap langkah atau terlajak kata sepanjang program ini dari awal perjumpaan hingga ke akhir perjumpaan kita. Terima kasih kerana sudi menerima saya dan jujur saya katakan, saya amat bangga dengan pencapain program jalinan masyarakat ini. Sekian, terima kasih.



MUHAMMAD IRFAN FAID BIN NORHESAN (IIU180005)



REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


Bismillahirahmanirahim, syukur ke hadrad ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat kami, pelajar-pelajar daripada program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam pengkhususan Fizik dan Teknologi Maklumat menjayakan sebuah program jalinan masyarakat di sebuah sekolah SMK Seri Pantai yang terletak di bandar Kuala Lumpur. Program ini juga lebih dikenali lagi sebagai program Felix Exitus. Program yang berlansung pada 7 hingga 9 November 2019 itu bertujuan untuk membantu murid-murid lepasan PT3 untuk menentukan halatuju mereka berdasarkan minat dan kemahiran mereka. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam diri mereka mengenai kepentingan menjaga sahsiah diri selain memupuk kepentingan kemahiran insaniah dalam kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah.
Seperti yang kita tahu, sekolah ini merupakan sekolah harian biasa yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur dan apa yang kita sering dengar dari mulut-mulut orang seringkali mengatakan bahawa pelajar-pelajar daripada sekolah begini kerap melibatkan diri dalam gejala-gejala yang tidak bermoral dan tidak berfaedah. Hal ini menyebabkan kami pada awalnya berasa agak risau dan bimbang untuk menjayakan program ini. Namun setelah memikirkan balik tujuan asal program ini diadakan membuatkan kami bertanggungjawab dan kami bertekad untuk mengadakan program bersama mereka agar kami dapat menjadi salah satu agen perubahan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu para pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Pada awal program, saya dapati bahawa sebilangan murid seperti tidak ingin menyertai program ini dengan memberikan pelbagai alasan kepada guru mereka. Mungkin kerana sudah lali dengan program motivasi yang diadakan di sekolah mereka. Namun, masih ada ramai yang kekal untuk meneruskan program ini. Dengan harapan ingin membantu mereka memilih hala tuju selain memperbaiki sahsiah diri mereka, kami meneruskan juga program ini di sekolah mereka. Sepanjang program berlangsung, apa yang dapat saya simpulkan ialah mereka sedikit sebanyak dapat menerima serta menikmati program kami. Alhamdulillah, mereka menunjukkan minat dan semangat dalam semua aktiviti yang diadakan. Ditambah lagi dengan komitmen baik yang dicurahkan oleh rakan-rakan saya yang lain dalam menjayakan setiap aktiviti sememangnya menjadikan program ini sangat berisi dan bermakna serta sukar untuk dilupakan. Pada akhir program, para pelajar tampak lebih bersemangat dan yakin untuk memilih hala tuju mereka pada masa akan datang. Rata-rata mereka memberikan maklum balas yang positif terhadap program ini. Hubungan ukhuwah antara kami dengan murid-murid SMK Seri Pantai secara tak langsung terjalin dengan amat baik sekali.
Akhir sekali, saya berharap agar murid-murid sekolah ini dapat mempraktikkan apa yang telah kami ajari kepada mereka secara berterusan dan tidak menjadikan program ini seperti mencurah air ke daun keladi. Saya juga berharap agar usaha kecil kami ini dapat membantu mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang kian membarah. Saya juga berharap agar program-program kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan lagi oleh pelajar-pelajar universiti pada masa akan datang kerana masyarakat ialah ibu bapa kepada mahasiswa universiti. Jadi pulang dan berbaktilah kepada mereka.


NURSYAZANI BINTI YOSRI (IIV180064)





REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT

Bismillahirrahmanirrahim
      Pada tanggal 7 November yang lalu, sekumpulan pelajar dari program Sains Gunaan dan Pengajian Islam/Teknologi Maklumat Universiti Malaya telah menjayakan sebuah program Felix Exitus di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai. Sebelum berlangsungnya tarikh tersebut, kami telah pun membuat persediaan yang secukupnya untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, dengan kerjasama bersama PEPIAS program latihan fasilitator juga telah diberikan kepada para fasilitator yang akan mengendalikan pelajar tingkatan 3 yang terlibat dalam program tersebut.
      Pada hari pertama program ini dijalankan, semua pelajar dikumpulkan di Dataran Gemilang oleh penyelaras tingkatan 3 yang lebih dikenali sebagai ustaz Munir. Saya dapat lihat kesungguhan beliau membantu kami untuk menarik para pelajar tingkatan 3 menyertai program ini. Hal ini kerana tarikh berlangsungnya program ini adalah pada akhir tahun di mana sudah ramai pelajar tidak hadir ke sekolah ditambah lagi dengan berlangsungnya peperiksaan SPM di sekolah itu. Namun atas usaha beliau, bilangan pelajar yang berjaya dikumpulkan mencapai sasaran iaitu seramai 80 orang. Pada hari tersebut juga saya dapat lihat kawan-kawan saya sangat segak dan cantik dengan mengenakan pakaian seragam berwarna hitam dan oren.
      Seperti kebiasaan, program ini dimulai dengan aktiviti pendaftaran yang diketuai oleh setiausaha kami. Disebabkan kesuntukan masa, kami hanya mengedarkan kertas pendaftaran tersebut sambil PIC kami mengendalikan program. Setelah para pelajar diberikan rehat pada jam 9.40 amat menyedihkan kerana pelajar yang kembali ke program semula semakin sedikit. Hal ini menyebabkan bilangan peserta dalam kumpulan tidak stabil. Namun LDK1 tetap diteruskan oleh fasilitator yang telah diberikan amanah dalam setiap kumpulan. Di dalam LDK ini, para pelajar bertaaruf sesama mereka dan 4 konsep telah diajarkan iaitu taaruf, taawun, tafahum dan takaful. Seusai LDK 1, pelajar dikumpulkan di dewan utama untuk membuat kesimpulan dan rehat untuk makan tengahari serta solat zohor.
      Program diteruskan dengan LDK 2. Pelajar diarahkan untuk membuat logo dan cheers untuk kumpulan mereka. Di dalam aktiviti ini saya dapat lihat pelajar yang pada mulanya diam dan malu-malu kini makin berani menampilkan diri dan mesra bersama fasilitator. Tema yang diberikan ialah Avengers. Mereka perlu menyiapkan tugasan ini dalam hanya 30 minit sebelum dibentangkan di hadapan kumpulan yang lain. LDK 2 merupakan aktiviti terakhir pada hari pertama program dan ia telah tamat pada jam 3 petang. Setelah pelajar pulang ke rumah, kami memulakan posmotem untuk hari tersebut idi bilik gerakan yang disediakan oleh pihak sekolah.
      Tiba hari kedua program, saya sudah tidak sabar untuk menari lagu tema. Sebenarnya tertanya juga kenapa harus diperkenalkan lagu ini pada hari kedua, dan bukan pada hari pertama? kerana bagi saya lagu tema ini pasti akan dapat menarik pelajar untuk menyertai program ini. Hari kedua dimulai dengan kekecewaan apabila ramai ahli yang datang lewat kerana hujan dan dewan juga digunakan oleh pihak sekolah. Oleh itu program mula agak lewat daripada yang telah dirancang. Selain itu, bilangan pelajar yang hadir juga semakin berkurangan. Namun semangat saya kembali semula apabila meihat pelajar-pelajar sangat gembira dan teruja setelah kami menunjukkan mereka lagu tema yang bakal kami ajarkan kepada mereka. Ada yang melompat-lompat dan ada juga yang bertepuk tangan kegembiraan.
      Setelah selesai proses mengajar lagu tema, para pelajar diberikan rehat dan aktiviti diteruskan dengan LDK 3. Melalui LDK 3, para pelajar dapat mengenal pasti kebolehan dan kecenderungan mereka dalam sesuatu bidang dengan menjawab satu borang khas. Bukan itu sahaja, mereka perlu membuat baju yang sangat bergaya dengan hanya menggunakan surat khabar. Sepanjang LDK 3 saya sibuk menyediakan bahan untuk aktiviti HELWANI di bilik gerakan. Mujurlah ada sahabat yang boleh sama-sama mengendalikan aktiviti tersebut untuk meringankan beban saya. Saya sangat gembira kerana dapat berkongsi ilmu tentang fiqh wanita kepada sebilangan pelajar perempuan di sana. Hal ini kerana sewaktu saya berumur seusia mereka, saya tidak dapat pendedahan ilmu tersebut seperti mereka sedangkan ilmu itu sangat penting.
      Program diteruskan dengan LDK 4 setelah mereka selesai menunaikan solat zohor dan solat jumaat. Kali ini aktiviti yang diberikan agak menarik kerana ia memerlukan kekuatan akal dan kerjasama yang tinggi antara pasukan. Di dalam LDK ini juga diselitkan tentang jati diri dan sahsiah yang perlu ada dalam diri setiap orang apabila melangkah ke dunia luar nanti. Tak sangka pula aktiviti ini meninggalkan kesan yang tinggi sehingga ada yang menangis dan meluahkan perasaan tentang masalah mereka kepada fasilitatornya. Selesai solat asar, para pelajar mula berlatih untuk persembahan malam kebudayaan bersama fasilitator mereka. Walaupun diperuntukkan masa yang sangat singkat, para pelajar dapat membuat persediaan dengan sangat baik.
      Hal ini dapat dibuktikan pada malam tersebut apabila persembahan yang ditonjolkan sangat menghiburkan dan mencuit hati. Sebenarnya saya tidak dapat menonton persembahan tersebut dek kerana saya dan sebilangan ahli yang lain berlatih untuk persembahan kami di bilik gerakan. Namun dekahan suara daripada penonton dapat didengari dari jauh. Tiba giliran kami membuat persembahan, saya berasa sangat teruja dan bersyukur kerana persembahan kami berjalan dengan lancar. Pelbagai jenis uniform telah dikenakan oleh sebilangan ahli kumpulan kami untuk memeriahkan lagi persembahan tersebut. Malam tersebut diakhiri dengan tarian lagu tema yang penuh semangat oleh para pelajar.
      Pada malam tersebut, kami diberikan tugasan untuk berjaga bergili-gilir sepanjang malam. Sangat mencuit hati apabila ada seorang pelajar yang suruh kami tidur sahaja kerana dia ingin berjaga sepanjang malam untuk menjaga kami dan kawan-kawannya. Tidak boleh tidur, rindukan mak katanya. Namun akhirnya dia tertidur juga kearana kepenatan. Saya ditugaskan untuk berjaga pada jam 4 pagi tetapi tepat jam 4 pagi semua pelajar sudah bangun sendiri dan bergegas menyiapkan diri untuk berqiamullail. Selesai solat dan kuliah subuh, para pelajar berzumba dengan diketuai oleh ketua fasilitator. Terpegun juga saya melihat ketua fasilitator itu mengetuai tarian Zumba. Entah bila dia pula dia berlatih 4 tarian sekaligus. Selesai sarapan, program diteruskan dengan aktiviti kemuncak iaitu explorace.
      Terdapat 5 checkpoint yang perlu dilalui oleh semua kumpulan. Saya dapat lihat para pelajar sangat gembira dan bersemangat dengan explorace ini. Semangat persaingan antara kumpulan juga dapat dilihat apabila mereka berlumba-lumba untuk menang. Selesai explorace, program diteruskan dengan aktiviti terakhir iaitu LDK 5 di mana para pelajar menjelaskan lagi hala tuju yang akan mereka pilih dengan bimbingan fasilitator.
      Sudah menjadi perkara wajib untuk setiap program mengadakan majlis penutup, begitu juga program Felix Exitus. Setelah ucapan daripada pengarah program dan wakil guru, majlis penyampaian hadiah, tayangan video dan sesi fotografi diteruskan sebelum bersurai. Walaupun penat, saya berasa sangat gembira kerana dipertemukan dengan mereka walaupun hanya selama 3 hari 2 malam. Sehingga kini ada fasilitator yang masih berhubung dengan anak buah mereka. Ada juga yang mengajak kami semua berjogging tapi disebabkan kesuntukan masa, ia tidak dapat diteruskan. Secara ringkas, saya sangat berpuas hati atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan berharap agar ukhuwah yang telah terbina akan kekal.

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...