REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019
Pada 7-9 November yang, kami, para pelajar Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam pengkhususan Teknologi Maklumat dan Fizik telah menjalankan program hala tuju selepas PT3 bagi pelajar-pelajar SMK Seri Pantai yang dinamakan 'Felix Exitus'. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 1 malam dengan penyertaan pelajar seramai lebih kurang 80 orang pada hari pertama namun telah berkurang menjadi lebih kurang 50 orang. Hal ini terjadi kerana kebanyakan pelajar-pelajar di sini tidak gemar untuk hadir ke sekolah selepas tamat peperiksaan. Sungguhpun begitu, kami berpuas hati dengan komitmen yang telah diberikan oleh peserta-peserta program yang kekal setia mengikuti program kami.
Pada pandangan peribadi saya, saya berasa bangga kerana kami berjaya
menjalankan program hala tuju sebegini bersama pelajar sekolah kerana majoriti
daripada kami tidak pernah menjadi fasilitator program. Segala gerak kerja dan
persediaan awal yang rapi telah membantu kami bagi menjalankan Felix Exitus
dengan lancar dan jayanya. Sebagai contoh, kami telah menjalankan kem
persediaan fasilitator selama dua hari bagi melakukan 'test-run' bagi
aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan bersama adik-adik SMK Seri Pantai.
Kesemua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik dengan menghadam
masterplan dan modul aktiviti Felix Exitus. Hasilnya, kesemua aktiviti yang
dirancang berjaya dijalankan dan memberi impak yang positif.
Bagi program Felix Exitus, saya telah diberi amanah untuk menjadi ahli
jawatankuasa multimedia. Antara tugas-tugas yang telah kami jalankan ialah
membuat poster program, banner program, design baju untuk jualan, poster
sumbangan, ambil gambar dan video semasa program dan membuat video montaj
program. Saya berpuas hati dengan tugas yang telah disempurnakan. Kerjasama dalam
kumpulan sesama ahli kumpulan amat memberangsangkan dan tidak membebankan.
Hasil kerja kami juga telah mendapat maklum balas yang baik dari kebanyakan
pihak walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak dijangka telah berlaku.
Program Felix Exitus banyak memberi pengalaman berharga kepada saya dalam
mengembangkan bakat saya dalam multimedia.
Kesimpulannya, program Felix Exitus boleh dikatakan sebagai program yang
berjaya untuk mendidik adik-adik tingkatan 3 SMK Seri Pantai. Diharapkan
ukhuwah yang terbina semasa program dapat dikekalkan pada masa akan datang.
Jika diberi kesempatan, saya sangat berbesar hati untuk menjadi ahli
jawatankuasa sekiranya program-program seperti Felix Exitus dianjurkan pada
masa akan datang.
No comments:
Post a Comment