REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019
Program jalinan masyarakat yang dijalankan oleh
para mahasiswa tahun kedua program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat
ini adalah bagi memenuhi tuntutan GIG1005 Jalinan Masyarakat. Program yang
dinamakan Felix Exitus yang bermaksud successful outcome ini diadakan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai di Kuala Lumpur selama 3 hari 1
malam, iaitu pada 7 hingga 9 November 2019. Tujuan program ini dijalankan
adalah untuk mengghulurkan sedikit info dan mendedahkan hala tuju selepas PT3
kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 selain memperkenalkan kursus yang ditawarkan
oleh Jabatan Pengajian Islam dan Sains di Akademi Pengajian Islam. Antara aktiviti
yang dijalankan sepanjang program adalah sesi taaruf antara fasilitator dan
pelajar, membina logo dan sorakan kumpulan, dan membuat persembahan pada malam
kebudayaan dan juga explorace yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah
dalam permainan.
Antara
cabaran yang dihadapi untuk menjalankan program ini adalah pengangkutan yang
terhad bagi para mahasiswa dan secara tidak langsung menyebabkan pergerakan
mahasiswa agak terhad. Selain itu, jumlah pelajar tingkatan 3 yang menyertai
program kurang memuaskan kerana didapati sebahagian pelajar mempunyai masalah
dari segi kehadiran mereka ke sekolah. Oleh itu, peruntukan yang disediakan
agak terganggu kerana anggaran peruntukan bagi pelajar yang hadir tidak sama.
Di samping itu, pelajar lemah dari segi mengurus masa dengan baik dan akibatnya
masa tidak mencukupi bagi menjalankan suatu aktviti akibat tidak disiplin
mengikuti apa yang telah dirancang. Para mahasiswa dan fasilitator juga
didapati kurang memberi sepenuh komitmen dalam memastikan keberadaan pelajar
semasa program kerana kekangan dari segi pengurusan diri. Akhir sekali, modul
yang disediakan kurang memenuhi keperluan pelajar akibatnya pelajar didapati
kurang memberi sepenuh perhatian semasa aktiviti dijalankan.
Walau
bagaimanapun, penginapan yang disediakan oleh pihak sekolah amat membantu mahasiswa
dan pelajar untuk terus berada dan sertai aktiviti program. Makanan yang
disediakan juga sangat sedap dan memenuhi keperluan harian pelajar dan
mahasiswa. Oleh itu, pelajar dan mahasiswa sekaligus menunjukkan komitmen dan
memberi kerjasama penuh semasa program dan aktiviti dijalankan. Program ini
juga jelas membina hubungan yang baik yang diterapkan antara mahasiswa dan
pelajar-pelajar sama ada semasa program atau selepas program diadakan.
Antara
langkah yang sesuai bagi memantapkan lagi program ini pada masa akan datang
ialah sesi suai kenal atau taaruf boleh dijalankan dengan lebih kreatif dan
seronok bagi pelajar untuk menunjukkan bagaimana cara kita membuat orang lain
menilai positif diri kita pada saat pertama kali berkenalan. Oleh itu, modul
boleh diperbaiki. Aktiviti kerohanian juga boleh dijalankan dengan lebih teliti
dan menyentuh aspek individu pelajar kerana persediaan menghadapi alam dewasa
sangat penting. Hal ini juga membantu dari segi pembelajaran/akademik, peribadi
dan hubungan pelajar dengan kawan dan keluarga mereka. Di samping itu, para
mahasiswa boleh menunjukkan sikap lebih mesra terhadap pelajar semasa program
supaya pelajar lebih selesa untuk berkongsi dan mahasiswa perlu didedahkan
dengan latihan supaya mahasiswa memberi
sepenuh komitmen bagi tujuan mencapai matlamat program.
Program
jalinan masyarakat ini jelas memberi manfaat dan kebaikan kepada pelajar dan
juga para mahasiswa kerana dapat memupuk hubungan kemasyarakat antara pelajar dan
para mahasiswa sakaligus menambah kenalan dengan masyarakat di luar kelompok
kenalan. Program ini juga melatih diri kita untuk menambah soft skill dengan memimpin
orang lain dan juga menambah ilmu pengetahuan dari segi kemasyarakatan.
No comments:
Post a Comment