REFLEKSI
PROGRAM FELIX EXITUS 2019
Alhamdulillah pada tanggal 7-9 November 2019 yang lalu ,dengan izin
Allah saya dan kawan-kawan Berjaya menjayakan program jalinan masyarakat iaitu ‘Felix Exitus’ yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Pantai, Kuala Lumpur dimana program ini melibatkan pelajar tingkatan 3. Antara
objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan PT3
tentang halatuju selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran diri. Seterusnya,
untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga sahsiah
diri serta untuk memupuk kepentingan kemahiran insaniah dalam kehidupan sebagai
seorang pelajar.
Dalam program
ini, saya telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha
program. Sepanjang perancangan program, saya ditugaskan untuk menguruskan
kertas kerja program dan hal surat-menyurat berkaitan program disamping
mencatat minit mesyuarat untuk setiap perjumpaan yang diadakan. Alhamdulillah
dengan izin Allah segala perancangan yang dibuat sebelum hari program sehingga
tibanya hari program berjalan dengan lancar dan mudah walaupun agak lambat
mendapat pengesahan daripada pihak sekolah.
Sewaktu
program dijalankan,saya ditugaskan untuk memastikan keperluan setiap aktiviti
yang dijalankan mecukupi dan lengkap. Walaupun saya bukan seorang fasilitator sewaktu
program dijalankan ,tetapi saya cuba aktif untuk menyertai para fasilitator
dalam setiap LDK dan aktiviti lain yang dilakukan bersama para pelajar dimana
pada waktu tersebut saya dapat belajar bagaimana untuk mengendalikan para
pelajar dengan baik berdasarkan pemerhatian saya terhadap fasilitator dan juga
dapatan sewaktu kem asas kefasilitatoran yang dijalankan sebelum program. Apa
yang telah saya perolehi selepas menjalankan program tersebut adalah saya mampu
menarik perhatian mereka untuk fokus dan peka apabila saya ingin berkongsi
sesuatu dengan mereka malah dapat mengekalkan hubungan yang baik walupun
setelah habis program.
Dari segi
keseluruhan program, antara kemahiran dan kecekapan yang saya perolehi adalah
saya saya belajar bagaimana untuk merancang dan meguruskan program memandangkan
ini pertama kali saya dilantik sebagai majlis tertinggi dalam mengendalikan sesebuah
program. Seterusnya, saya dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik
sesama ahli majlis tertinggi serta rakan-rakan yang lain dalam melakukan setiap
gerak kerja program bermula dari hari pertama perancangan program sehingga
tamat program. Sejujurnya, saya dapat menanam sifat tanggungjawab dalam diri
terhadap apa yang diamanahkan kepada saya sertarasa tanggungjawab terhadap
orang sekeliling kemahiran dan pengalaman yang saya peroleh daripada program ini
amatlah berharga bagi saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan saya selepas ini
.
Akhir
sekali, boleh dikatakan banyak juga sumbangan yang telah saya berikan dalam
program ini sama ada dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Saya meluangkan
masa untuk memberikan komitmen dalam menghadiri mesyuarat, menyiapkan minit
mesyuarat dan kertas kerja, menguruskan surat-surat berkaitan, berjumpa
penyelaras program serta mengeluarkan wang ringgit untuk mencetak kertas kerja
dan surat-surat program dan juga memastikan program mampu berjalan dengan baik.
No comments:
Post a Comment