Monday, November 25, 2019

MUHAMMAD IKMAL HAKIM BIN MUSA (IIU180004)



REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


     Alhamdulillah, pada 7 hingga 9 November 2019 yang lalu, pelajar-pelajar daripada program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam pengkhususan Fizik dan Teknologi Maklumat telah menjayakan sebuah program Jalinan Masyarakat iaitu Felix Exitus. Program ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar lepasan PT3 tentang hala tuju selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran diri pelajar. Ia juga bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga sahsiah diri selain memupuk kepentingan kemahiran insaniah dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
      Secara peribadi, pada awalnya saya berasa sedikit risau dan gelisah kerana memikirkan bahawa kami akan mengadakan program di sebuah sekolah harian biasa yang kadangkala dipandang serong oleh masyarakat atas alasan penglibatan para pelajarnya dengan gejala-gejala yang tidak bermoral dan berfaedah. Apabila berfikir semula, atas sebab itulah kami berasa bertanggungjawab untuk mengadakan program bersama mereka agar kami dapat menjadi salah satu agen perubahan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu para pelajar sekolah menengah di Malaysia.
      Pada permulaan program, saya dapat lihat bahawa ada dalam kalangan pelajar yang tidak dapat sertai program kami dengan memberikan alasan-alasan tertentu kepada guru mereka. Dengan jumlah pelajar yang berbaki, kami teruskan juga program kami dengan harapan ingin membantu mereka memilih hala tuju selain memperbaiki sahsiah diri mereka. Sepanjang program berlangsung, apa yang dapat saya simpulkan ialah para pelajar sedikit sebanyak dapat menerima serta menikmati program kami. Alhamdulillah, mereka menunjukkan minat dan semangat dalam semua aktiviti yang diadakan. Ditambah lagi dengan komitmen baik yang dicurahkan oleh rakan-rakan saya yang lain dalam menjayakan setiap aktiviti sememangnya menjadikan program ini sangat berisi dan bermakna serta sukar untuk dilupakan. Pada akhir program, para pelajar tampak lebih bersemangat dan yakin untuk memilih hala tuju mereka pada masa akan datang. Rata-rata mereka memberikan maklum balas yang positif terhadap program ini. Hubungan ukhuwah antara kami dengan para pelajar secara tak langsung terjalin dengan amat baik sekali.
      Akhir sekali, memang tidak dapat dinafikan bahawa program kami ada lebih dan ada kurangnya. Segala kekuatan program kami ambil sebagai semangat untuk diteruskan pada program-program yang mendatang manakala kekurangan-kekurangan yang kami dapati akan dilakukan penambahbaikan padanya bagi memantapkan lagi kualiti program. Secara peribadinya, apa yang saya harapkan adalah para pelajar sasaran dapat memanfaatkan apa yang mereka peroleh daripada program ini dalam kehidupan mereka sebagai pelajar. Jika tidak semua, sedikit pun sudah memadai. Selain itu, saya juga berharap agar usaha kecil kami ini dapat membantu mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang kian membarah. Saya juga berharap agar program-program kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan lagi oleh pelajar-pelajar universiti pada masa akan datang kerana

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...