Tuesday, November 26, 2019

MUHAMMAD ZAHIR BIN AYOB (IIU180006)


    

REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


   Pada pandangan saya, program Felix Exitus kendalian pelajar IT dan Fizik telah diadakan dengan baik. Persediaan dari pihak MT untuk berbincang dengan pihak sekolah dan PEPIAS adalah amat dihargai kerana usaha mereka yang gigih. Pihak unit modul yang sentiasa menambah baik modul, unit dana yang senyap-senyap ubi berisi dan unit-unit lain yang menjalankan perancangan dan persediaan program dengan baik. TOT dan perancangan sedikit rushing dan last minute kerana musim cuti sekolah yang mendekat dan terpaksa menunggu keputusan oleh pelbagai pihak sebelum difinalizekan kepada para AJK. Tetapi penyusunan persediaan dan perjalanan projek masih  terancang dan di umumkan kepada ajk dengan baik.
   Persediaan yang dijalankan telah memberi saya pengalaman baru dalam mengetahui setiap perkara yang perlu dilakukan jika mengadakan program sebegini di sekolah dengan begitu terperinci dan sistematik serta mendapat bantuan bimbingan oleh pihak2 yang berpengalaman. Saya lebih sedar bahawa perhubungan antara dua pihak perlu dikekalkan dalam keadaan baik agar tidak timbul isu dari mana2 belah pihak dan ia adalah basic perhubunan untuk perkara2 rasmi. Program ini juga menyedarkan saya bahawa kita tidak perlu pergi jauh untuk membantu masyarakat, banyak lagi golongan sekeliling kita yang amat memerlukan bantuan dan ajaran dan sekaligus kita dapat belajar benda baik dari mereka. Perkara ini juga menjimatkan kos pengangkutan terutamanya dan menyelamatkan kami dari kepeningan untuk mencari dana.
  Penutup program adalah baik. Sepanjang pemerhatian saya tidak ada fasi atau pelajar yang bermasam muka dan ini membuatkan saya befikir yang par fasilitator dan ajk telah membuat kerja yang bagus dalam mengekalkan perhubungan yang baik antara dua2 belah pihak. Post mortem program diadakan diantara ajk dan seorang wakil PEPIAS. Post mortem dijalankan dengan baik dengan membincangkan benda baik dan benda yang boleh dibaiki dengan perbincangan yang baik.
  Pengalaman baru, pemerhatian tingkah laku pelajar zaman sekarang dalam tempoh masa yang singkat dan segala penambah baikan dan kerjasama  semasa program dan antara ajk adalah benda yang boleh diambil pengajaran dan boleh diaplikasi dalam perkara2 yang kita lakukan pada masa akan datang.
 

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...