REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019
APA YANG SAYA BELAJAR DARI PROGRAM INIJ
1.
KUALITI LEBIH PENTING DARI KUANTITI
Walaupun pelajar yang hadir ke program
kurang separuh daripada yang dijangka, kekuatan semangat mereka ibarat 80 orang.
2.
PENGURUSAN MASA SESEORANG MENCERMINKAN
PROFESSIONALISME
Saya berasa sedikit ralat apabila
adik-adik peserta sampai ke sekolah tepat pada masanya sedangkan beberapa AJK
datang lewat dengan alasan hujan. Saya
juga rasa kurang selesa apabila slot bermula lewat atau habis lewat. Seseorang
yang tidak menghargai masa tidak boleh dipercayai, oleh itu, saya berharap saya
dapat belajar mengurus masa dan tidak
meremehkan hal ini. Tetapi pengurusan masa sebenarnya adalah satu bentuk
kemahiran, dan saya juga masih belajar kemahiran ini. (Saya minta maaf kerana
lambat hadir ke mesyuaratK)
3.
ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG
Allah memberi penyakit, tetapi Dia
juga yang menyembuhkan. Allah memberi kepenatan, tetapi Dia jualah yang memberi
tenaga dan kekuatan. Kita merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang, jadi
bertawakkal lebih baik daripada berkeluh kesah.
4.
SEMUA ORANG BOLEH BERUBAH KE ARAH YANG
LEBIH BAIK
Oleh itu, kita harus menegur kesilapan
orang lain dengan harapan Allah memberi Hidayah kepadanya. Kita juga harus terbuka
untuk menerima teguran, walaupun dari adik-adik.
5.
KITA HARUS LAKUKAN APA YANG KITA HARUS
LAKUKAN
Disiplin dan tanggungjawab punca
kemajuan. Usah kasihan akan diri sendiri tetapi bangun dan teruskan perjalanan.
6.
TOLERANSI LEBIH BAIK DARIPADA DOMINASI
Jika hati sudah lembut/cair, tidak
disuruh pun akan dilakukan. Pesanan penuh hikmah yang menyentuh hati lebih
diingati dan dipraktikkan dari arahan yang keras.
7.
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA
ROBOH
Berdikari itu baik, tetapi biri-biri
yang sendirian akan menjadi makanan serigala.
8.
SETIAP HARI ADALAH PENGEMBARAAN, JADI
HIDUPLAH DENGAN GEMBIRA DAN PENUHI HARI-HARI ANDA DENGAN KREATIVITI DAN IDEA
BARUJ
No comments:
Post a Comment