REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019
Melalui program ini,
terdapat banyak manfaat yang saya perolehi dan juga kelemahan yang saya perlu
atasi. Kelebihan dan manfaat yang saya perolehi perlu di perkembangkan dan saya
perlu mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi dan membaiki kelemahan yang
telah saya kenal pasti
MANFAAT
Terdapat beberapa
manfaat yang dapat saya ambil semasa mengikuti program ini. Antaranya ialah
1.
Kemahiran menyampaikan pengajaran
tersirat.
Dalam program tersebut, terdapat beberapa aktiviti menarik seperti mengangkat
cawan berisi air menggunakan tali, melarutkan biskut dan asam jawa di dalam air
dan sebagainya. Di setiap aktiviti itu saya diberi amanah untuk memberi
pengajaran yang dapat diperoleh darinya. Melalui aktiviti tersebut, saya
berjaya menyampaikan mesej yang bermanfaat pada masa yang sama menarik minat
mereka.
2.
Terbinanya semangat untuk menjadi
inspirasi kepada anak muda. Saya menyedari bahawa di akhir program ini, semangat saya untuk
membantu remaja Malaysia memilik masa depan yang cerah semakin meningkat dan
berkobar-kobar. Saya ingin membantu mereka peroleh etika, sahsiah dan kemahiran
hidup untuk menjamin masa depan mereka. Walaupun program sudah berakhir, namun
saya masih terus berhubung dengan peserta-peserta program untuk membimbing
mereka.
3.
Membina keyakinan diri. Pada awalnya, saya
agak cemas untuk menjadi fasilitator kerana tidak biasa dengan pelajar-pelajar
sekolah. Saya terkumat kamit dan banyak tersasul semasa sesi ‘ice breaking’. Tetapi
sepanjang program ini berlangsung, saya berjaya meningkatkan keyakinan diri
secara beransur kerana tanggungjawab sudah diberikan
KELEMAHAN
Saya menyedari
terdapat beberapa kelemahan ketika saya menghadiri program jalinan masyarakat
yang lalu. Antaranya ialah :
1.
Kurangnya sambutan. Memandangkan
program ini diadakan selepas peperiksaan akhir tahun, ramai di kalangan pelajar
tidak datang ke sekolah terutamanya pelajar lelaki. Malah, saya juga dapati
pada sesi petang hari pertama program, bilangan peserta sudah berkurangan
berbanding sesi pagi. Kurangnya impak dan tarikan program menyebabkan penerimaan
mereka terhadap program bersikap tidak peduli.
2.
Tidak menepati masa. Saya mendapati bahawa fasilitator-fasilitator
kurang menepati masa sewaktu program dijalankan terutama sekali pada setiap
kali masa rehat tamat. Sikap ini sangat perlu diubah kerana menepati masa
adalah perkara paling penting dalam kehidupan.
3.
Pembahagian masa kurang efisyen. Setiap slot
untuk aktiviti mempunyai masa yang terlampau banyak hingga menyebabkan
pembaziran masa. Fasilitator perlu menyediakan aktiviti tambahan tersendiri untuk
menyelesaikan masalah ini. Jika 5-10 mungkin boleh dikompromi, tetapi ada
aktiviti sehingga 20 minit waktu berlebihan. Majlis Tertinggi boleh memperbaiki
masalah ini dengan menyediakan waktu yang lebih bersesuaian.
No comments:
Post a Comment