Monday, November 25, 2019

MUHAMMAD SYAMIM BIN ISMAIL (IIV180041)


REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


       Program Felix Exitus yang berlangsung di SMK Seri Pantai amat memberikan impak positif kepada pelajar-pelajar dan kalangan ahli jawatankuasa serta pengalaman baru. Terdapat banyak pengajaran yang dapat dipelajari melalui program yang dianjurkan selama tiga hari satu malam ini.

            Program ini dianjurkan untuk membantu pelajar-pelajar mengenal pasti hala tuju masing-masing selepas PT3 tamat. Antara dapatan yang dapat dimiliki sepanjang program ini ialah mereka dapat memilih hala tuju mereka dengan lebih jelas berdasarkan minat dan kemahiran serta berkongsi pengalaman bersama fasilitator sebagai langkah persediaan menghadapi cabaran ketika berada tahun menengah atas di sekolah. Perkara tersebut dapat dicapai melalui ujian Self-Directed Search (SDS) ataupun ujian minat kerjaya yang akan mengkategorikan pelajar mengikut minat dan kemahiran tersendiri. Hal ini kerana penetapan hala tuju yang betul akan membantu pelajar dalam kehidupan mereka untuk hadapi alam pekerjaan di kemudian hari yang akan diceburi.

            Seterusnya, program ini juga dapat memupuk kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan pelajar dan ahli jawatankuasa. Aktiviti-aktiviti latihan dalam kumpulan dan Explorace akan memupuk kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi yang berkesan, kemahiran menganalisa maklumat dengan tepat dan kemahiran berfikir secara kritikal yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas . Kemahiran ini amat penting terutamanya dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun di dalam alam pekerjaan.

            Kesimpulannya program ini banyak memberikan impak positif kepada para peserta serta ahli jawatankuasa.



No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...