Tuesday, November 26, 2019

SITI HAJAR BINTI ALI (IIU180011)


     

REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


     Pihak Pentadbiran Universiti Malaya telah mewajibkan semua mahasiswa dan mahasiswi mengambil kursus GIG1005, Jalinan Masyarakat yang merupakan subjek Kursus Wajib Universiti. Sehubungan itu, saya dan rakan-rakan Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Fizik/Teknologi Maklumat telah bersama-sama menjayakan satu program yang dinamakan Felix Exitus  pada 7 November sehingga 9 November 2019. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar lepasan PT3 kepentingan dalam menentukan halatuju mereke ke peringkat seterusnya termasuklah cabaran-cabaran yang mereka akan hadapi sepanjang hidup mereka. Program ini berlangsung selama 3 hari dan 1 malam serta bertempat di SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur.
      Sebelum program ini bermula, saya dan rakan-rakan telah pun membuat penyediaan yang amat rapi dengan membuat pelbagai persediaan demi menjayakan program. Dari segi dana, saya dan beberapa rakan saya telah menjual pelbagai makanan dan minuman iaitu roti sosej, aiskrim, air mineral, Samyang dan membuat servis. Bukan itu sahaja, kami juga membuat aktiviti cuci kereta untuk meningkatkan lagi dana kami. Kami juga meminta sumbangan daripada pelbagai sumber, antaranya ialah koperasi KK12, KK5 dan KK11. Alhamdulillah, dana kami mencukupi untuk kami mengadakan program.
      Pada 1 dan 2 November, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan telah mengadakan kem fasilitator sebagai simulasi untuk program yang sebenar. Tujuan kem fasilitator ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu bakal fasilitator mengasah kemahiran soft skill mereka. Pada 6 November, kami sudah pun memulakan gerak kerja di dalam sekolah bagi memastikan semua perancangan telah pun dilaksanakan. Saya sebagai biro makanan memastikan makanan-makanan untuk fasilitator dan pelajar-pelajar adalah mencukupi sepanjang program.
Pada 7 November, iaitu hari pertama program, saya dan rakan-rakan telah tiba di sekolah pada pukul 7.00 pagi. Saya dan rakan-rakan telah menyediakan sarapan pagi bagi fasilitator. Makanan bagi pelajar pada tidak disediakan pada hari tersebut. Oleh kerana saya tidak terlibat sebagai fasilitator, saya lebih banyak meluangkan masa saya berurusan dengan pihak kantin dan menolong biro-biro lain dalam menjalankan tugas mereka.
Keesokkan harinya iaitu 8 November, saya dan rakan-rakan biro makanan sekali lagi lebih banyak meluangkan masa di kantin sekolah dan memastikan agar makanan mencukupi sepanjang program. Alhamdulillah, sepanjang program ,tiada pembaziran makanan dan makanan disediakan pada waktu yang ditetapkan walaupun ada perubahan waktu di saat-saat akhir. Kami juga menyediakan minum pagi, petang dan malam bagi pelajar-pelajar dan fasilitator iaitu biskut, roti, air the dan air suam.
Pada hari akhir program, kami memastikan sarapan disediakan dan makanan VIP juga tersedia. Kami juga menyediakan air mineral bagi pelajar-pelajar tersebut sekiranya mereka kehausan kerana aktiviti explorace dijalankan hari itu. Pada hari tersebut juga, saya lebih banyak dalam membantu biro-biro lain dan majlis tertinggi, MT dalam membuat persediaan untuk majlis penutup. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati kerana kami dapat menjalankan program ini dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai cabaran-cabaran yang perlu kami hadapi sepanjang program. Namun akhirnya, pelajar-pelajar yang berada di bawah jagaan kami amat gembira dengan program yang kami jalankan untu mereka. Saya sebagai ahli jawatankuasa dalam program ini amat berterima kasih dengan pihak sekolah serta rakan-rakan saya yang berusaha sehingga ke akhirnya demi program ini.

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...