Monday, November 25, 2019

MUHAMMAD AIMAN FARIS BIN MOHD SHAMSUL (IIV180033)


REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


Terpahat satu memori yang tidak dapat dilakukan iaitu apabila saya menjadi ketua komander untuk satu program yang julung kalinya diadakan iaitu program Felix Exitus (Success). Program tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai Kuala Lumpur yang disertai oleh pelajar tingkatan 3. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memenuhi jam kredit subjek yang saya ambil dalam subjek jalinan masyarakat. Di mana ia memerlukan turun padang kepada masyarakat untuk menjalinkan hubungan baik antara kami dan pihak sekolah. Selain itu, dapat memupuk kasih sayang antara kami dan pihak sekolah. Seterusnya, saya ingin menceritakan penat lelah bagi pihak biro saya iaitu biro dana dan tajaan berkerjasama untuk mendapat dana dan tajaan bagi melancarkan perjalanan program bagi pengurusan kewangan. Dengan adanya biro dana dan tajaan, sedikit sebanyak dapat memudahkan pihak kami untuk membeli barang modul dan segala keperluan yang perlu ada. Banyak perkara yang saya pelajari semasa bekerja dalam biro dana dan tajaan ini antaranya melatih diri untuk berkomunikasi secara pengiklanan bagi menyakinkan orang untuk memberi tajaan kepada kami. Akhir sekali, saya berharap agar adik-adik tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai dapat ambil sedikit sebanyak ilmu yang telah kami sampaikan secara langsung atau tidak langsung dan dapat dijadikan iktibar dan pedoman dalam hidup. Akhir kata dari saya, yang baik jadikan amalan yang buruk jangan sekali dijadikan ikutan. Saya akhiri refleksi saya ini dengan serangkap pantun, “ kalau ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, moga moga ketemu lagi.

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...