Tuesday, November 26, 2019

NUR ALIA SHAHIRA BINTI ZAKARIA (IIV180050)



REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


Syukur Alhamdulillah program Felix Exitus telah berlangsung dengan jayanya pada 7 hingga 9 November yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai. Program ini melibatkan peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga selaras dengan objektif program ini sendiri iaitu memberi pendedahan dan hala tuju selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran yang ada pada diri pelajar tersebut.
Sepanjang menjadi ahli jawatankuasa dan fasilitator program ini, banyak perkara baru yang dapat saya pelajari terutamanya dalam menguruskan sesuatu program yang melibatkan masyarakat di luar universiti. Berjumpa dengan adik adik dari SMK Seri Pantai memberi peluang untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada sepanjang hidup di atas muka bumi ini. Memang dari awal program lagi,sudah diniatkan dalam hati untuk membimbing adik adik ini memilih pilihan yang tepat terutamanya dalam bidang akademik mereka pada masa hadapan kelak.

Seronok sebenarnya dapat berjumpa dengan adik adik ini kerana mereka sememangnya bersemangat sepanjang program berlangsung. Walaupun tidak semua daripada kawan kawan mereka menyertai program ini,tetapi komitmen yang ditunjukkan dari pelajar yang masih setia bersama amat saya hargai.Setiap LDK  yang kami bawakan cuba dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan boleh dikatakan setiap slot berjalan lancar. LDK yang dijalankan ini secara tidak langsung melatih saya berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih baik kepada adik adik tersebut. Saat yang paling bermakna buat saya adalah apabila saya bertanyakan kepada adik adik tersebut apa yang kamu dapat sepanjang 3 hari program ini berlangsung dan jawapan mereka sama dengan objektif yang kami cuba sampaikan iaitu dapat mengetahui hala tuju yang perlu dipilh mengikut minat dan kemampuan masing masing.
Bermula dari awal persiapan sehinggalah hari kejadian program, hubungan persahabatan antara sesama ajk semakin erat dan semua orang dapat berinteraksi dengan baik sepanjang menjayakan program ini. Saya bertuah dikelilingi dengan sahabat sahabat yang saling bantu membantu dan bersama sama berganding bahu dalam melaksanakan gerak kerja program ini. Terima kasih kepada unit modul yang memerah otak menyediakan aktiviti menarik untuk para pelajar, unit logistik yang menyediakan kelengkapan peralatan yang mencukupi untuk setiap aktiviti, makanan yang ditempah oleh unit makanan semuanya sedap dan mengeyangkan, kepada unit dana yang membantu mencari duit dan sumber kewangan untuk kegunaan program, unit multimedia yang menyediakan design baju,banner,poster yang menarik dan menangkap gambar yang cantik. Tak dilupakan yang paling banyak berjasa juga semestinya barisan MT yang menjadi tulang belakang dan penggerak utama untuk program ini. Terima kasih semua! Moga Allah berkati usaha kecil ini dan semoga pelajar pelajar SMK Seri Pantai mendapat manfaat dari kita semua,InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...