REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019
Program
Jalinan Masyarakat, Felix Exitus telah berjaya dilaksanakan bertempat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur pada 7-9 November 2019.
Program tersebut telah disertai oleh pelajar lepasan PT3. Sesungguhnya program
yang dilaksanakan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Terdapat
banyak manfaat yang saya perolehi dan juga kelemahan yang saya perlu atasi.
Kelebihan dan manfaat yang saya perolehi perlu di perkembangkan dan saya perlu
mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi dan membaiki kelemahan yang telah saya
kenal pasti. Terdapat beberapa manfaat yang dapat saya ambil semasa mengikuti
program ini. Antaranya ialah:
1. Semangat
mampu bekerjasama. Dalam program ini, kami dibahagikan kepada beberapa unit.
Setiap unit telah diberikan gerak kerja yang perlu dilaksanakan.Semua ahli
melakukan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan segala tugas mampu
diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan.Kami bukan sahaja melakukan tugas
dalam satu unit tertentu bahkan turut membantu unit-unit lain bagi memudahkan
gerak kerja.Contohnya,semua ahli membantu unit dana untuk mendapatkan dana
dengan melibatkan diri dengan jualan, aktiviti ‘carwash’ dan
sebagainya.Terbuktilah program ini telah Berjaya memupuk semangat bekerjasama
dalam satu pasukan.
2. Terbinanya
semangat untuk menjadi seorang mahasiswa yang berbakti kepada masyarakat. Saya
menyedari bahawa di akhir program ini, semangat saya untuk menjadi seorang mahasiswa
yang berbakti kepada masyarakat semakin
meningkat dan berkobar-kobar. Saya ingin menjadi seorang mahasiswa yang disenangi
dan berjasa serta mengambil berat akan perihal masyarakat. Etika, sahsiah dan
kemahiran mahasiwa berwibawa boleh dibentuk apabila kesedaran mula timbul dalam
hati. Seorang mahasiswa perlu sentiasa berfikiran positif dan meletakkan
perspektif yang baik terhadap semua perkara terutama sekali tentang hal yang
berkaitan dengan masyarakat.
3. Ahli
kumpulan dapat melaksanakan program ini mengikut perancangannya. Apa yang saya
dapat daripada program jalinan masyarakat ini ialah saya diberi pendedahan
tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Malahan, dapat
berbincang sesama ahli kumpulan untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan.
Selain itu, saya dapat membina hubungan baik di antara ahli kumpulan saya.
Malahan saya juga turut dideahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan
apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.
No comments:
Post a Comment