Monday, November 25, 2019

MUHAMMAD AFIQ HAZAZI BI HASSAN (IIU180002)


REFLEKSI PROGRAM FELIX EXITUS 2019


Alhamdulillah dengan izin Allah dan rahmat-Nya yang tidak terhingga maka dapatlah saya dan kawan-kawan menjayakan program jalinan masyarakat iaitu Felix Exitus yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 November yang lalu. Antara objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan PT3 tentang halatuju selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran diri. Seterusnya, untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga sahsiah diri serta untuk memupuk kepentingan kemahiran insaniah dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Dalam program ini, saya telah diamanahkan untuk menjadi fasilitator kepada sekumpulan pelajar PT3 dan ini merupakan pengalaman pertama saya dalam mengendalikan pelajar-pelajar PT3 tersebut. Antara kemahiran dan kecekapan yang telah saya perolehi selepas menjalankan program tersebut adalah saya mampu menarik perhatian mereka untuk fokus dan peka ketika ingin memberitahu sesuatu yang penting. Kedua, saya mampu mengendalikan setiap aktiviti dalam kumpulan dengan komunikasi yang baik dan penyampaian yang kreatif. Seterusnya, saya mampu membentuk kerjasama yang baik dalam kumpulan anak buah saya serta akhirnya dapat mengekalkan hubungan silaturrahim yang baik sesudah tamat program.
Dari segi keseluruhan program, antara kemahiran dan kecekapan yang saya perolehi adalah saya mampu menyelesaikan masalah yang timbul dengan komunikasi yang baik serta bantuan dan persefahaman ahli-ahli yang lain sama ada sebelum, semasa dan selepas program. Kedua, saya mampu membuat keputusan yang baik dengan berbincang terlebih dahulu atau menanyakan pendapat sebelum membuat keputusan. Seterusnya, saya dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sesama ahli yang lain dalam melakukan setiap gerak kerja program. Sejujurnya, segala kemahiran dan pengalaman ini amatlah berharga bagi saya untuk diaplikasikan di dunia kerjaya saya selepas ini yang mana tidak boleh didapati di dalam bilik darjah atau di dalam kelas.
Akhir sekali, sumbangan yang ketara atau tidak ketara yang telah saya berikan dalam program ini adalah masa, tenaga dan wang ringgit. Dari segi masa, saya sudi meluangkan masa untuk memberikan sepenuh komitmen tidak kira ketika mesyuarat/ perjumpaan, membeli barang-barang keperluan program dan ketika program berlangsung. Dari segi tenaga, saya sudi membantu menolong mengangkat barang-barang program dan menjadi fasilitator kepada pelajar-pelajar PT3. Dan dari segi wang ringgit, saya sudi mengorbankan minyak motosikal saya sebagai pengangkutan untuk program dan membawa ahli-ahli yang lain ke tempat program.




1 comment:

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...