Monday, November 25, 2019



MUHAMMAD NUR ASLAM ASMU’I BIN AZMAN (IIV180037)

Program Felix Exitus yang dianjurkan selama 3 hari 1 malam bertempat di SMK Seri Pantai amat memberikan impak positif kepada pelajar-pelajar dan kalangan ahli jawatankuasa. Terdapat banyak pengajaran yang dapat dipelajari melalui program ini.
            Antara dapatan yang dapat dimiliki sepanjang program ini ialah program ini amat membantu dalam memupuk kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan pelajar dan juga ahli jawatankuasa. Kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menganaisa maklumat dan kemahiran berfikir secara kritikal amat penting dipupuk dalam diri setiap insan memandangkan kemahiran-kemahiran ini tidak dapat dipelajari melalui sukatan akademik semata-mata. Kemahiran ini amat penting terutamanya dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun di dalam alam pekerjaan. Kemahiran-kemahiran ini amat ditekankan sepanjang program terutamanya semasa aktiviti Explorace.
            Selain itu, dapatan yang dapat dimiliki sepanjang program ini ialah program ini dapat menyediakan platform bagi para fasilitator berkongsi pengalaman bersama peserta serta membantu peserta menetapkan hala tuju meraka selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran mereka. Hal ini amat penting kerana kegagalan dalam menetapkan hala tuju hidup dengan betul mampu membawa kepada kesukaran dalam hidup dan menyebabkan terlepasnya banyak peluang untuk lebih berjaya dalam hidup.

            Kesimpulannya program ini banyak memberikan impak positif kepada para peserta serta ahli jawatankuasa.

1 comment:

MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN (IIV180036)

Refleksi Program Felix Exitus                       Saya mulakan warkah ini dengan nama Tuhan yang Esa, Maha Pemurah, lagi Maha P...